Pages

Tuesday, 16 May 2017

MAKCIK FLAT LEJEN

Heyyloow there. How are you? Hopefully youre doing fine. Im doing as well as I can despite all those heated question that makcik2 flat gave me. as u all know I finished my diploma last September and now they already expect me to be a billionaire. Question like wani x kerja ke? Wani dah habis blajar kan? Kenapa x kerja lagi? Taknak kerja tolong mak jga adik? Wow! Pedih tau wahai sekalian makcik flat. Utk pengetahuan semua makcik ni ada dua anak, sepasang. Yg perempuan tu blom habis skolah tp yg lelaki tu dah habis umur sama aku. Aku taknak lah cerita apa2 pasal anak dia itu dah kira bukak aib org kan tapi setakat yg aku boleh bgtahu anak dia belum lagi jadi tan sri yg dia sebok2 nak atur masa depan aku.



I speak based on experience alright, yes it’s true I don’t work eventhough I graduated almost 5 months already BUT consider the fact that I already tried working at 3 different places. Kau igt kalau ada pointer dekan every semester & graduated with first honour dekan, pasaraya nk ambik ke? Aku mintak byk tempat pasaraya tapi yg terima aku hanyalah giant itu pon sebab aku bohong. Aku ckp aku tgh tggu grad aku nk pakai duit. Kalau aku ckp aku tgh tggu nak sambung degree dia nak bg ke? Mula2 soalan dia Tanya masa nk ambik boring ialah apa kelulusan awak. Kau pon bingung nak jawab apa. Bila jawab jujur dah dia takut nak ambik. Bila menipu kita pulak dipandang serong.

Aku dah pernah pon kerja kat giant. Tapi x lama sbb aku x larat kna tggu bas dan klau dihitung aku akan habiskan 4 jam sehari pegi balik dr keja ke rumah. Sehari kerja 10 jam plus tggu bas 4 jam.aku tidur 8 jam. Balance 2 jam tu nak mandi mcm biasa pon kau berkira masa tahu. Mana dgn nak kena korbankan life kau lg. nak cut waktu tidur? Cubalah jadi cashier yg handle RM30k worth of customers setiap hari lepastu baru cerita sini ok, dan kalau hari sabtu ahad dan public holiday giant tutup 1-2 pagi. Mana ada bas dan tolong faham disini mak aku sgt benci kalau aku menyusahkan dia. Mak org lain mungkin akan lihat mcm itu satu pengorbanan tapi bukan mak aku, takpa aku redho. So aku quit dan kerja di pasaraya sakan. Pon x lama sbb kerja awal pg balik 10 mlm pon aku akan habiskan 4 jam sehari utk pergi dan balik kerja. Mak aku mcm biasa, taknak ambil hantar. Then aku patah semngt bcause I feel like it is very unfair for me. at the age of 20 usually people already have their own  transport but I have none & I can’t get any help from my family either. my mom said “ bukan semua org sng, kalau nak bljar berdikari”. So aku jatuh dlm lembah depression sepanjang tempoh tu around 3 months kot aku jadi mcm org x betul.

U guys just imagine, u baru graduate n still mampat dgn harapan dan cita2 & that time kau beria2 nak cari duit tapi kau takde support system yg kukuh. Aku bukan nak tinggi diri kat sini no. tapi contoh yg paling senang kau bayangkan kalau kau tu berpotensi bina rumah banglo 5 tingkat tapi ceruk mana pon kau cari, nak beli, atau minta tolong, takde siapa boleh bantu kau untuk pasakkan cerucuk dan susun bata utk kau mulakan banglo tu. Pedih kan? Lagi pedih bila sofa2 dalaman bangle kau, kau dah beli. Takde cerucuk jgn kata 5 tingkat bangle, lantai pon kau x mampu pijak.

Jadi sepanjang tempoh tu aku baring je dlm bilik, nangis. Sbb aku stress. Aku nak duit. Aku perlukan duit, buat apa aku nak dok rumah je, aku nak krja. Tapi aku takd transport. Mmg x boleh kemana2. Nak naik bas aku penat. Sampai berjam2. Nk2 pulak bila kau ada kelulusan. Setiap kali otw ke tempat kerja kau memang akan persoalkan apa guna ada kelayakan kalau akhirnya u ended up somewhere u don’t belong to. Bash lah kalau nak, tipu kalau kau pon x pnh terfikir mcm tu. Jgn kata aku berlagak, jgn kata aku bodoh x try naik bas. Aku dah pernah.  Malah lebih awal dr most people. Form 3 aku pergi kerja 10 pgi tapi 8 pagi aku dah ada dlm bas rapid. Pukul 11.30 mlm baru dpt naik bas utk balik rumah. Esoknya ulang benda2 tu. Tapi itu sblum aku ada spm. Kalau nk tahu, itu jugaklah sbb aku berusaha blajar utk spm,aku tahu aku tak pandai tapi aku tak sanggup habiskan hidup aku mcm tu. Aku nekad belajar sbb aku nak ada pengiktirafan dr university. Aku bukan bright student tapi motivasi yg aku dpt sepanjang kena panjat tgga bas masa 15 tahun tu buat aku sedar mcm mana cara sekalipun aku kena ubah hidup aku. But that’s a totally different story so..


Tak lama lepas tu aku dpt interview di tadika 3q mrc.


 Persekitaran terbaik. Collegues terbaik. Boss terbaik. Gaji terbaik. Student terbaik. Segala2nyalah was beyond better. Sebelum aku terima kerja tu aku suruh mak aku janji akan sudi ambil hanta raku sbb aku dah taknak jadi mcm kes giant dan sakan tu. Mak aku cakp okay dia sanggup hantar. Bulan kedua aku krja mak aku dah bising x larat ambil habntar aku. Hah! Just like what I thougt! So setelah beberapa issue dan berkelahi aku terpaksa quit, duduk rumah dan gaji aku lesap mcm tu je. Mak pinjam, paksu pinjam, aku bli brg, adik msk asrama semua duit pon jadi habuk. So sampai sekaranglah aku mereput kat rumah. Disebabkan itu makcik2 flat yg mulia terus hina aku sbb kata mereka aku anak x berguna dah besar2, habis belajar tapi masih mampos kat rumah. WOW JUST WOW. Time aku struggle pergi kerja sampai seksa diri mental lahir batin aku dia x Nampak kualiti aku, tiba tiba sekarang aku anak x guna? Yg paling best, mak ayah aku x ckp apa pon. Mak ayah org lain yg sibuk kan. Tapi dlm hati ibu abah pon aku rasa depa pon terfikir aku masih x membuahkan hasil. Omg this is hurtful. FYI anak2 mkcik2 ni setakat ni belum ada yg kerja tetap pon aku rasa. Itu pon depa dah rasa up sangat.


Thursday, 27 April 2017

PENGALAMAN INTERVIEW DI UPSI-PART 2

assalamualaikum kawan-kawan...sihat ke? maaflah sangat lewat rasanya post ni. aku ada masalah peribadi sikit, plus atok tgh sakit n yelah bizi dgn benda2 yg menyeteresskan yg lain. sekarang aku nak sambung yg haritu punya interview story okay.

jadi, bila aku dah pergi IPSI aku pon carilah nama aku n cari bilik yg aku bakal tuju tu. waktu tu kalau aku x silap org yg manage susunan para interviewee ialah Mr. Sasigaran (dia juga dah jadi lecturer aku) dan sorang abg ofis aku x tau nama.

bila saja giliran aku dtg, aku masuk bilik lecturer yg bakal interview aku tu. first impression aku kat dia.

1. WOW
2. MACAM GARANG
3. DIA NAK KE X NAK LAYAN AKU NI

masuk2 je bilik tu minda aku mmg dah sampai langit ke 7. aku dah x rasa pijak kat lantai. haha. aku nervousss gila gila and dia mulakan dengan

INTERVIEWER: Have a seat.. (sangat pekatt)
KAKWANI: thank you. (sambil tersengih2)
INTERVIEWER :so you are....?
KAKWANI:????
INTERVIEWER : your name?
KAKWANI: ah I am Nur Ili Awani bt Raazman
INTERVIEWER :alright..so Awani, tell me a short introduction abt yourslelf.
KAKWANI: My name is Nur Ili Awani and I am 18 year old. I come from Penang.. and belom smpat aku habiskan ayat dia potong.
INTERVIEWER :Wow penang. isn't that very far from here? when did u arrived?
KAKWANI:aha yes it's very far and I just got here this morning.
INTERVIEWER :i see. so Awani what is your first impression of Tanjong Malim?
KAKWANI:aku terdiam seketika sbb aku mcmmmmm betul ke soalannya tu. mcm nak sembang je?hahah
INTERVIEWER :yea your first thought when u arrived here?
KAKWANI: ummm is it okay for me to say it? i feel like it's kind of..
INTERVIEWER :nevermind you can say it.(interviewer aku sangatlah smirk mcm sgja nak gelakkan aku)
KAKWANI:well i think... it isss full offf greens? (haha)
INTERVIEWER :u mean hutan sana sini?
KAKWANI:yea I mean it's not like what I was expecting. in fact in the car just now my mom said omg where did you find this place Wani?
INTERVIEWER :i know right, I am new to this scenery too. (sambil dia gelak2)
KAKWANI:oh really? (aku buat2 interested)
INTERVIEWER :i just got here, 2 days ago and I'm leaving for UK in a few days to pick up my stuff. That's why if u look around I barely have things in my office. (yep aku baru perasan ofis dia tirai pon xde, ade cawan 3 bijik).
KAKWANI:what course did u study in UK?
INTERVIEWER : oh I study on how we could apply literature into the software system sambil dia pgg laptop/pc dia aku x igt,
KAKWANI: woah it must have been very fun. (pdhal aku taktau pon ape bendalah yg dia cakap, tapi takpe aku sayang dia hahaha)
INTERVIEWER :it is..it is! but sometimes I ended up talking to the wall. blabla statistics bla bla data blabla literatureblaba
KAKWANI:(pura2 gelak mcm aku fhm derita dia)
INTERVIEWER:1.so why do you want to be  teacher?
                            2.what qualities do u think a teacher should have?
                            3. can you handle sressful situations?
                            4. what if u didnt get a chance to study here?

 okay utk soalann last tu aku mmg x boleh lupa sbb aku serta merta teringat lagu justin bieber. aku pon quotes lagu dia.

KAK WANI: if I dont pass this interview, I will not stop working hard to find a place for me to futher my study. I know my value, I know my self-worth and I am not a person who easily gives up on something. besides, I believe there's always sunshine behind every rain.
lepas tu interviewer tu senyum and dia tanya ada apa2 soalan lg ke aku cakap takde pastu salam pastu aku baru teringat file masih ada ditangan aku n aku mcm gelabaah nak igtkan dia yg fail x bg lg.

INTERVIEWER: ha fail takpe, itu sbb nak confirmkan kamu rakyat Malaysia je. warganegara kan? (hahahahaha SHOOOT!)
KAK WANI: ohh ye kee.. yee yee rakyat Malaysia. hahahaha
pastu aku pon mintak diri dan keluar dr situuuuuuu. tamatlahhhhh sesi interview di UPSI.

sedikit info psl interviewer tu, dia nampak muda sgt. barely 30s. orgnya putih, gebu, pakai slack n blouse, tudung sarung lapis2 and pakai spec. sekali kau tengok mungkin kau igt dia kerani office atau salesgirl tapi dia ada doctorate. Hebat kan. seee the goal is to be rich, not to look rich.


Tuesday, 29 November 2016

Kindergarten teacher..

hi..so aku dah dpt kerja dkt salah sebuah tadika yg top jugaklah dan aku sedikit bangga dan risau sbb spm aku taklah sehebat org lain. Itu tadika cina n math aku is D. Fuhhhh. Aku redhooo je ni. Plus kat situ takde org melayu langsung so in terms of makan aku rasa mmg aku kena ikhtiar sendiri. Oh tapi yg bestnya gaji sini 1.2k. Kerja dr 7.30 sampai 5.00. Pengangkutan sendiri and utk sebulan ni aku kna ikut teacher lucy ni mengajar dulu. Dia hq. Lepastu bulan 1 nanti aku kna pg kursus dkt kl makan, kereta and rumah serta yuran principal yang akan bayar. Every chinese new year akan ada bonus and kalau performance aku bagus (which I doubt) aku akan dpt naik gaji dlm masa 3 bulan dr tarikh masuk keja. Also, student situ rak ramai sau klas maybe 10 org shj. And smalam time interview principal tu tgok aku ada diploma so kalau aku boleh perform nanti bila tadika dia kat b.mertajam siap dia kata aku ada chance nak jadi principal jugak. Wuhuu. And aku ada lg satu interview cg tadika sbnarnya. Tdika melayu tapi swasta jugak. Yg ni dekat sikit dgn rumah aku. Masalahnya tarikh utk aju interview tu adalah hari aku bekerja. Jadi aku taktahu mcmna nak ckp so aku tipu kata hari tu aku ada kursus di uni. Aku mintak dia cepatkan tarikh interview tapi dia da trus tak balas. Hmmm. Kalau dpt kat sini, aku rasa gaji xkan cecah 1k. Tapi maybe boleh balik awal n senanglah nk handle, smuanya mlayu. But! Lps aku tgh tulis ni baru aku sedar aku rasa yg tdika cina tu lagi okay. Dia bg kursus which means aku nanti akan dpt cert. Mahal tau yuran dia dkt 1k. Skrg ni aku kerja dulu nanti kalau dpt smbung aku sambong utk bln 9. Ttba aku rasa excited. Ini pengalaman kan? So yup! Ada rezeki lg 2 tahun boleh jadi pengetua..wuhuuu! N ok muktamad aku tak rasa menyesal tak pg tadika mlayu ni sbb aku pcya gaji x sampai 1k n pglaman dia x seberapa nk dibandingkan dgn apa yg aku bkl dpt dkt tdika cina tu :))

Thursday, 6 October 2016

PENGALAMAN INTERVIEW DI UPSI

Gosh lamanya x update blog. Haha maaf bizi sikit. Walaupun xde org menanti tapi sukahati maklah. Belog mak hokeyh. *fliphair*

Tau tak kenapa lama aku tak update blog? Yess sebab aku bizi cari duit dan dah tamat pon sesi konvokesyen aku. So now I am officially a graduate from UPSI. Yep. So malam ni yang aku tergerak nak tulis sesuatu ni sbb
1. Aku nak tolong adik2 manis yang lepas spm tu cari cara nak apply dan tahu what to be expected bila kau dah apply.
2. Sebab aku rasa nak tulis ko hapehal temah?

Jangan percaya sangat cakap aku tapi aku akan pastikan I'll be a big help to you guys keyh. Steady bruh.

Okeyh geng. Skrg masuk story time.

Aku grad 2013 dr sebuah smk di bumi malaysia ni. Then suatu hari time aku ke sekolah(aku g skolah jln kaki je. Maklumlah aku malas nak jalan pakai tgn) ada satu kereta cikgu baru lalu. Dia baru dtg skolah aku dalam 2 minggu. Ngajar bm. So nak jadi cerita aku nampak ada stiker kat cermin blakang keta dia tulis "UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS". Biarlah aku mngaku yang aku noob sbb x penah dgr perihal UPSI ni. Jadi sbb jakun, aku google lah kejadah apa nate ni dan akhirnya aku ternampak disitu mereka memang mengalu-alukan kedatangan bebudak Diploma in English dan Diplom Muzik. Aku sebagai pembenci math dan subject2 yang sewaktu dengannya pon rasa excited lah sbb wah rupanya ada peluang utk aku masuk u. Sblom ni dok pikir habislah insan noob maths mcm aku ni ada ke masa depan. ( yelah dah komuniti sekeliling dok cakap takde math susah masa depan nanti. Mestilah akuada mindset bahawa aku selaku insan bangang math akan berakhir didalam sebuah perigi buta sbb dunia ni tak perlukan aku)

Jadi lepas keluar je result spm teruslah aku bli pin upu dan daftar upu. Barangsiapa taktahu upu tu apa, ia adalah sejenis donat. Upu ni unik ID lah lebih kurang. Ahh ko takyah tahulah kejadah apa upu tu. Yang penting adik2 semua sparelah duit dlm 100hengget pastu g naik basikal ke bsn yang berdekatan. G nek basikal tau. Kalau naik kenderaan lain bank tu tanak jual. Tahu kan bsn tu apa. Kalau taktahu aku terpaksa sepak dululah sblom bgtahu. Pastu pegi cari abang atau kakak jaga kaunter yang nampak mcm tak period sebab alkisahnya staf2 bsn ni selalu cakap kasar2 mcm dioranglah org paling bagus atas bumi. Der, kalau bagus sgt asal keja bsn je? Pegilah jadi tentera militan tu. Takdelah aku tipu.

Dah jumpa target, korang cakap kat dia nak bli pin upu. Nanti dia bglah. Dia pon pnh masuk u. Dia tahulah nak buat keja dia. Dah bli pin, korang balik pastu pergi dapatkan komputer atau laptop atau macbook yang ada wifi. Sebab nate2 tu kalau tanpa wifi hanyalah secebis kotak2 dan mesin2 yang menjengkelkan. Pastu daftar dekat website upu.

Sini aku ajar cara senang, korang type je upu. Nanti dia keluar and korang kena masukkan no pin bsn tu dan details korang. Pastu, korang bolehlah pilih nak blajar kat u mana. U and i ke. Awwwe! Dia akan tulis nama universiti sekali dgn kos yang ditawarkan. Baca habis2 ye. Pastikan mintak kos yang awak nak sahaja. Ada kawan saya, dia straight A's tau tapi skrg dia tgh study tourism kat U***. Skrg dia pon dah give up sbb kos tu byk sgt pakai duit. Dan aku rasa kalau dah result gempak tu boleh kot mintak cabang2 sains ke bahasa ke. Not that I want to say tourism tak bagus tapi u know we can do better with that result. Skrg dia dah tanak sambung degree trus dah buntu sbb yelah otak ada kemampuan tapi platform tak betul. Kang tak pasal2 kena restart balik. Kan dah rugi masa.

Lepas korang dah isi semua maklumat send je macam biasa and after that moment korang perlulah seksa diri masing2 sebab tgh tunggu result upu. Kerajaan akan mntion bilanya result upu ni keluar dan apa yang korang perlu buat sementara tggu result ialah pergi menangkap ikan dilaut kerana waktu itu musim tengkujuh jadi nelayan tak turun ke laut. Andalah harapan pemakan2 ikan diluar sana.

Bila dah tau result keluar bila apa lagi take notelah. Pastu bkak balik website tu utk cek korang dapat u mana. Mcm aku, aku apply UPSI sebagai pilihan pertama dan kosnya ialah Diploma in English. Alhamdulillah aku dpat. Tapi kos aku ni ada interview jadi aku perlu pergi interview dulu. Utk kos yang takde interview, nanti korang serbu je u memasing k guys.

Jadi aku pon pergilah interview di UPSI dan ya Allah sangatlah aku jakun ketika itu. Waktu tu aku mmg x keluar kereta langsung. Bapak aku yang tanya semua kat student2 situ katmana nak g interview sebab aku pemalu. Ahaks. Pastu aku kena g ujian bertulis kat bangunan e-learning. Kalau kat UPSI bangunan ni kira toplah sbb kelas2 kat situ canggih2 beb. Kalau lect cancel kelas, korang nak karaoke dlm tu mmg sedap. Ekon pon sejuk. Ye ye aku tau takde ekon panas! Bg punchline sikit pon nak marah tau uolls ni.

Time aku, soalan yang ditanya berkisar pasal grammar, reading comprehension dan spelling oh ada essay juga. Muahahaha. Soalan2nya relax2 je. Ko jangan risau. Selagi kau ada pemikiran yang waras dan ilmu yang cukup, kau lulus ujian tu sbb dia mmg memerlukan penggunaan otak dan pemberian pendapat sangatlah penting jadi rajin2lah judge semua benda k.

Utk essay aku kena buat pasal differences of internet penetration cenggitu. Dia bg carta pasal internet penetration dan kau buatlah teori agung kau. Tapi pastikan kena dgn topiklah. Dan logik. Dan tepat. Dan bukan palsu. Dan bg bukti sekali yang hujah2 kau tu betul. In sya Allah ada jalan.

Lepas aku jawab soalan tu, oh waktu tu exam aku pukul 9 pagi. Pastu aku kena tggu smpai 2 ptg utk diinterview. Dan haritu sebiji nasik pon aku tak jamah. Aku memang gitu. Kalau ada event besar dlm hidup aku, aku tak perlukan nasi. Muehehehe. Then aku g cek nama aku kat bangunan IPSI. Kat dalam UPSI ada IPSI tau. Situ lebih kurang bilik gurulah. Lecturer2 semua duduk situ dan nak jadi cerita FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI pon kat situ jugak. Aku cari nama aku yang tertampal kat dinding tu. Dia tulis nama org yang akan interview kita dan org2 yang bakal diinterview  sama macam aku juga. So ada kerusi depan setiap bilik interview. Interview tu dia conduct dlm bilik lect2 jadi ko takkan dengar pon apa yang org lain cakap.

Aku time tu nervous sesangat. File yang akupegang dah tak rasa file dah. Korang nanti ginterview bawalah satu fail. Letak semua kejadah2 dalam tu ye. Utk totonan penginterview tu lah. And bila sampai giliran aku, aku masuklah dan jeng jeng jeng interview pon bermula. Bapak neevous takyah cerita lah! Gilalah sampai harini thrillnya masih ada okay. Tapi alhamdulillah aku berjaya interview dan exam tu. Jadi aku diterima sebagai diploma in english student dekat upsi.

Lepaa ni aku cerita pasal sesi interview tu pulak okay. Panjang2 nanti muntah korang baca. Hehe. Babai. Assalamualaikum.

Saturday, 6 August 2016

Night Rant #2

wow awkwardnya bila kau tgh masak megi kat dapur pukul 1 pagi dan sedang berpakaian agak x senonoh tetiba ayah kau masuk dan terus bercakap cakap dgn kau padahal korang cuma akan cakap kalau ada gempa bumi je. I mean yes I am an awkward daughter and seriously aku pecah peluh tadi. Aku taktahu nak cakap apa. Nak je aku tanya dia nak megi ke aku nak masakkan tapi memikirkan keadaan aku yg terdedah ni terpaksalah aku ulang alik ulang alik dlm dapur tu. siot ahhhhh. Babun ah. Aku menyesal doe. sebab
1-Aku bangun buat megi malam2 buta
2-Aku berpakaian macam ni time bapak aku ada
I mean not that ayah aku tu org luar or apa tapi still he's a man and aku ada banyak insecurities. Eh aku ni nak tunjuk lengan kat bapak aku pon tak berani tau. haaaaa. meggi aku dah sejuk pon, laptop pulak tercabut skru kejadah tah. lantaklah. malaslah aku nak fikir. banyak sangat masalah. punvcanya DUIT. Dont let me start. nanti aku nangis. klah gerak lu.