Gosh lamanya x update blog. Haha maaf bizi sikit. Walaupun xde org menanti tapi sukahati maklah. Belog mak hokeyh. *fliphair*
Tau tak kenapa lama aku tak update blog? Yess sebab aku bizi cari duit dan dah tamat pon sesi konvokesyen aku. So now I am officially a graduate from UPSI. Yep. So malam ni yang aku tergerak nak tulis sesuatu ni sbb
1. Aku nak tolong adik2 manis yang lepas spm tu cari cara nak apply dan tahu what to be expected bila kau dah apply.
2. Sebab aku rasa nak tulis ko hapehal temah?
Jangan percaya sangat cakap aku tapi aku akan pastikan I'll be a big help to you guys keyh. Steady bruh.
Okeyh geng. Skrg masuk story time.
Aku grad 2013 dr sebuah smk di bumi malaysia ni. Then suatu hari time aku ke sekolah(aku g skolah jln kaki je. Maklumlah aku malas nak jalan pakai tgn) ada satu kereta cikgu baru lalu. Dia baru dtg skolah aku dalam 2 minggu. Ngajar bm. So nak jadi cerita aku nampak ada stiker kat cermin blakang keta dia tulis "UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS". Biarlah aku mngaku yang aku noob sbb x penah dgr perihal UPSI ni. Jadi sbb jakun, aku google lah kejadah apa nate ni dan akhirnya aku ternampak disitu mereka memang mengalu-alukan kedatangan bebudak Diploma in English dan Diplom Muzik. Aku sebagai pembenci math dan subject2 yang sewaktu dengannya pon rasa excited lah sbb wah rupanya ada peluang utk aku masuk u. Sblom ni dok pikir habislah insan noob maths mcm aku ni ada ke masa depan. ( yelah dah komuniti sekeliling dok cakap takde math susah masa depan nanti. Mestilah akuada mindset bahawa aku selaku insan bangang math akan berakhir didalam sebuah perigi buta sbb dunia ni tak perlukan aku)
Jadi lepas keluar je result spm teruslah aku bli pin upu dan daftar upu. Barangsiapa taktahu upu tu apa, ia adalah sejenis donat. Upu ni unik ID lah lebih kurang. Ahh ko takyah tahulah kejadah apa upu tu. Yang penting adik2 semua sparelah duit dlm 100hengget pastu g naik basikal ke bsn yang berdekatan. G nek basikal tau. Kalau naik kenderaan lain bank tu tanak jual. Tahu kan bsn tu apa. Kalau taktahu aku terpaksa sepak dululah sblom bgtahu. Pastu pegi cari abang atau kakak jaga kaunter yang nampak mcm tak period sebab alkisahnya staf2 bsn ni selalu cakap kasar2 mcm dioranglah org paling bagus atas bumi. Der, kalau bagus sgt asal keja bsn je? Pegilah jadi tentera militan tu. Takdelah aku tipu.
Dah jumpa target, korang cakap kat dia nak bli pin upu. Nanti dia bglah. Dia pon pnh masuk u. Dia tahulah nak buat keja dia. Dah bli pin, korang balik pastu pergi dapatkan komputer atau laptop atau macbook yang ada wifi. Sebab nate2 tu kalau tanpa wifi hanyalah secebis kotak2 dan mesin2 yang menjengkelkan. Pastu daftar dekat website upu.
Sini aku ajar cara senang, korang type je upu. Nanti dia keluar and korang kena masukkan no pin bsn tu dan details korang. Pastu, korang bolehlah pilih nak blajar kat u mana. U and i ke. Awwwe! Dia akan tulis nama universiti sekali dgn kos yang ditawarkan. Baca habis2 ye. Pastikan mintak kos yang awak nak sahaja. Ada kawan saya, dia straight A's tau tapi skrg dia tgh study tourism kat U***. Skrg dia pon dah give up sbb kos tu byk sgt pakai duit. Dan aku rasa kalau dah result gempak tu boleh kot mintak cabang2 sains ke bahasa ke. Not that I want to say tourism tak bagus tapi u know we can do better with that result. Skrg dia dah tanak sambung degree trus dah buntu sbb yelah otak ada kemampuan tapi platform tak betul. Kang tak pasal2 kena restart balik. Kan dah rugi masa.
Lepas korang dah isi semua maklumat send je macam biasa and after that moment korang perlulah seksa diri masing2 sebab tgh tunggu result upu. Kerajaan akan mntion bilanya result upu ni keluar dan apa yang korang perlu buat sementara tggu result ialah pergi menangkap ikan dilaut kerana waktu itu musim tengkujuh jadi nelayan tak turun ke laut. Andalah harapan pemakan2 ikan diluar sana.
Bila dah tau result keluar bila apa lagi take notelah. Pastu bkak balik website tu utk cek korang dapat u mana. Mcm aku, aku apply UPSI sebagai pilihan pertama dan kosnya ialah Diploma in English. Alhamdulillah aku dpat. Tapi kos aku ni ada interview jadi aku perlu pergi interview dulu. Utk kos yang takde interview, nanti korang serbu je u memasing k guys.
Jadi aku pon pergilah interview di UPSI dan ya Allah sangatlah aku jakun ketika itu. Waktu tu aku mmg x keluar kereta langsung. Bapak aku yang tanya semua kat student2 situ katmana nak g interview sebab aku pemalu. Ahaks. Pastu aku kena g ujian bertulis kat bangunan e-learning. Kalau kat UPSI bangunan ni kira toplah sbb kelas2 kat situ canggih2 beb. Kalau lect cancel kelas, korang nak karaoke dlm tu mmg sedap. Ekon pon sejuk. Ye ye aku tau takde ekon panas! Bg punchline sikit pon nak marah tau uolls ni.
Time aku, soalan yang ditanya berkisar pasal grammar, reading comprehension dan spelling oh ada essay juga. Muahahaha. Soalan2nya relax2 je. Ko jangan risau. Selagi kau ada pemikiran yang waras dan ilmu yang cukup, kau lulus ujian tu sbb dia mmg memerlukan penggunaan otak dan pemberian pendapat sangatlah penting jadi rajin2lah judge semua benda k.
Utk essay aku kena buat pasal differences of internet penetration cenggitu. Dia bg carta pasal internet penetration dan kau buatlah teori agung kau. Tapi pastikan kena dgn topiklah. Dan logik. Dan tepat. Dan bukan palsu. Dan bg bukti sekali yang hujah2 kau tu betul. In sya Allah ada jalan.
Lepas aku jawab soalan tu, oh waktu tu exam aku pukul 9 pagi. Pastu aku kena tggu smpai 2 ptg utk diinterview. Dan haritu sebiji nasik pon aku tak jamah. Aku memang gitu. Kalau ada event besar dlm hidup aku, aku tak perlukan nasi. Muehehehe. Then aku g cek nama aku kat bangunan IPSI. Kat dalam UPSI ada IPSI tau. Situ lebih kurang bilik gurulah. Lecturer2 semua duduk situ dan nak jadi cerita FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI pon kat situ jugak. Aku cari nama aku yang tertampal kat dinding tu. Dia tulis nama org yang akan interview kita dan org2 yang bakal diinterview sama macam aku juga. So ada kerusi depan setiap bilik interview. Interview tu dia conduct dlm bilik lect2 jadi ko takkan dengar pon apa yang org lain cakap.
Aku time tu nervous sesangat. File yang akupegang dah tak rasa file dah. Korang nanti ginterview bawalah satu fail. Letak semua kejadah2 dalam tu ye. Utk totonan penginterview tu lah. And bila sampai giliran aku, aku masuklah dan jeng jeng jeng interview pon bermula. Bapak neevous takyah cerita lah! Gilalah sampai harini thrillnya masih ada okay. Tapi alhamdulillah aku berjaya interview dan exam tu. Jadi aku diterima sebagai diploma in english student dekat upsi.
Lepaa ni aku cerita pasal sesi interview tu pulak okay. Panjang2 nanti muntah korang baca. Hehe. Babai. Assalamualaikum.
Kurangkan mencarut bila tulis blog boleh ? Kita yg nak membaca pon Tak sedap sbb bnyak Sgt ayt kasar maki 😊
ReplyDeletex de smbungan ke..sbb ko cite prkara sebelum temuduga..cite la prkara semasa temuduga tu
ReplyDeleteaiyooo